Tuesday, January 4, 2011

Apakah Program Latihan Kemahiran Belia & Personel Binaan?
Program latihan kemahiran bagi para belia dan personel binaan tempatan. Dua program telah dianjurkan iaitu program latihan kemahiran belia lepasan sekolah dan program latihan kemahiran personel binaan.

Mengapa program ini diadakan?
Program ini bertujuan melahirkan lebih ramai personel binaan khususnya di kalangan para belia dan meningkatkan kemahiran pekerja binaan sedia ada.

Siapa yang layak untuk Program Latihan Kemahiran Belia?
Program latihan kemahiran belia lepasan sekolah terbuka kepada golongan belia yang berusia 16 tahun keatas.

Bagaimana Program Latihan Kemahiran Belia berfungsi?
Peserta yang menyertai program latihan ini akan diberi latihan kemahiran bagi tred-tred binaan yang mereka minati dan dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.

Siapa yang perlu menyertai Program Latihan Personel Binaan?
Semua pekerja binaan sediada yang tiada kemahiran personel binaan.

Bagaimana Program Latihan Personel Binaan berfungsi?
Latihan kemahiran dianjurkan oleh Akademi Binaan Malaysia, pusat-pusat latihan bertauliah dan juga di tapak binaan. Personel yang cemerlang dan menepati tahap kompetensi yang telah ditetapkan akan dianugerah Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB.

Apakah Kad Hijau CIDB?
Kad Hijau CIDB adalah program integrasi yang melibatkan pendaftaran dan pengiktirafan personal binaan. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak binaan personel.

Mengapa anda patut mendaftar?
Memastikan personel binaan sedar betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
Mendapat pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
Memaklumkan kepada personel binaan mengenai keperluan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tapak binaan.

Siapa yang perlu mendaftar?
Semua personel binaan yang bekerja di tapak binaan.

Bila untuk berdaftar?
Sekarang juga! Jika anda bekerja di tapak pembinaan, anda mesti memperolehi Kad Hijau sebelum memasuki kawasan pembinaan.

Di mana untuk berdaftar?
Sila hadirkan diri ke pejabat ABMT atau hantarkan borang terus ke
Akademi Binaan Malaysia wilayah Timur.

Bagaimana untuk berdaftar?
Caj minima adalah RM50.00.
Peserta juga mestilah menghadiri
Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan untuk Personal Binaan selama 1 hari.

Apakah Program Kemasukan Pekerja Asing Binaan?
Program ini menilai atas permohonan yang diterima dari pihak kontraktor binaan untuk membawa masuk pekerja binaan asing ke negara ini.Mengapa program ini diadakan?

Merekod kemasukan dan keluaran pekerja asing binaan di Malaysia.
Memastikan hanya pekerja asing binaan mahir dan bertauliah yang memasuki dan bekerja di negara.Menjejak pekerja asing binaan di negara dalam menjaga kedaulatan dan kemakmuran negara.

Siapa yang bertanggungjawab terhadap program ini? 
CIDB dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).
Siapa yang dibenarkan bekerja di sektor pembinaan Malaysia?
Pekerja asing dari Bangladesh, Cambodia, China, Indonesia, Kazakhastan, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan dan Vietnam dibenarkan memohon.